Wednesday, May 22, 2013

PASANGAN BAHAGIA


"Syukur pada Allah kini kau telah sah menjadi isteriku," bibit kata luahan hati azril haikal pada nadia Batrisya isteri kekasih hatinya sewaktu mereka berbulan madu ke Korea.
Azril pada masa itu berusia 23 tahun dan nadia pada ketika itu baru berusia 18 tahun, tertunduk malu biar pun hatinya sayu dengan kesungguhan serta keiklasan Azril memperisterikan dirinya yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM.
"Abang Azril... bagaimana cara mempersiapkan diri untuk memiliki kebahagiaan dalam perkahwinan dan bagaimana caranya menjaga pernikahan itu?" tanya nadia pada Azril merenung tepat di matanya.
Azril terdiam sesaat ketika pertanyaan itu terucap dari mulut isteri kesayangannya.
"Wahai sayangku... perkahwinan itu sebenarnya untuk melatih mempersiapkan dirimu... melatih dirimu untuk dapat mengawal diri terhadap keinginan-keinginanmu yang bebas dan mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat."
nadia hanya terdiam sesekali Azril melihat wajah ayu nadia seakan ingin lebih mengetahui lalu nadia lantas memeluk rapat ke dada Azril terdengar degupan jantung suaminya seakan memberikan semangat buat hatinya.
"Sayang... perkahwinan itu melatih dirimu untuk bertanggungjawab... melatih dirimu untuk dapat bertanggungjawab terhadap apa yang kamu miliki kini."
Pelukan nadia semakin erat di dada Azril seakan tidak mahu melepaskannya... sambil Azril memeluk pinggang nadia, lalu Azril merenung jauh ke dalam sudut hati isterinya yang tersayang.
"Wahai permata hatiku nadia Batrisya... perkahwinan itu melatih dirimu untuk dapat "memberi dan menerima."
Memberi yang terbaik dari yang kamu miliki dan menerima apa adanya yang akan kamu miliki...!"
Terdengar esakan tangisan nadia dalam pelukan Azril... terasa dihati nadia keiklasan suaminya yang selama ini sebenarnya bukan pilihan hatinya kerana terpaksa menerima Azril sebagai suami kerana ingin menutup malu pada diri Azril. Dia sudah terlanjur dan sudah berbadan dua hasil ketelanjurannya dengan bekas kekasihnya yang terus meninggalkannya, namun kehadiran Afif membuka lembaran baru buat hidupnya.
"Wahai Isteri ku dunia dan di akhirat... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mendengar dan berbicara... mendengarkan keluhan dan kebahagiaan pasanganmu dan berbicara tentang kebahagiaanmu dan berbicara dengan baik pula tentang keluhanmu."
Wajah nadia sayu apabila melihat wajah Azril yang terlalu ikhlas menerimanya sedangkan Azril tahu nadia tidak suci lagi... terlalu banyak mutiara berharga berguguran di dada Azril itu yang menyejukkan hati seorang lelaki kerana setiap manusia tidak berjalan di dunia ini dengan sempurna selagi dia tidak pernah terjatuh, lalu bagun menyesali penuh keinsafan.
"nadia sayangku sayang... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mengerti dan dimengertikan... mengerti tentang pasanganmu dan dimengertikan oleh pasanganmu itu...!"
"Masih banyak lagi wahai sayangku, tetapi apabila dirimu mampu melaksanakan itu, itu sudah lebih baik," kata Azril diiringi senyum manis pada nadia.
"Adakah nadia boleh melaksanakan semua itu semua abang? Kerana saat ini nadia belum boleh belajar dan berlatih tentang itu," kata nadia dengan ragu-ragu.
"Sayang tidak perlu belajar dan berlatih terlebih dahulu untuk menjalani kehidupan di alam perkahwinan. Kerana pernikahan itu sendiri adalah tempat dirimu belajar dan berlatih, untuk dapat mengendalikan dirimu, melatih rasa tanggungjawab, melatih kemampuan menerima dan memberi, mengerti dan dimengertikan oleh pasangamu, serta melatih kemampuanmu untuk mendengar dan berbicara menerima seadanya kini; bukan kisah yang telah berlalu...

No comments:

Post a Comment